home produk servis.renjis penghargaan pay
 
     
     

GUBAHAN & HANTARAN

Cantiquemanis.com menyediakan perkhidmatan membuat gubahan hantaran pertunangan, perkahwinan, pernikahan.Tempahan adalah bergantung kepada bajet anda. Juga terdapat pakej-pakej hantaran yang menarik bermula dari RM55 ke atas. Harga merangkumi bunga dulang, hiasan seperti reben, renda dan lain-lain. Material yang digunakan adalah mengikut bajet anda. Jika terdapat permintaan untuk menambah hiasan, caj tambaha akan dikenakan.Anda juga boleh menyewa bekas hantaran seperti kotak buloh, kotak organza, dulang kayu, set silver dan lain-lain lagi.Jika anda terlalu sibuk bekerja atau tidak pasti mengenai hantaran, segala urusan mengenai hantaran akan diuruskan oleh saya. Jadi anda tidak perlu risau dan susah hati memikirkan hal mengenai hantaran.Izinkan saya meringankan beban anda. Anda semua tidak perlu risau kerana semua hantaran anda akan mendapat sentuhan peribadi saya.Saya merasa amat gembira jika anda semua berpuas hati dengan hasil kerja saya.Jika anda mempunyai idea sendiri untuk hantaran anda, saya akan cuba yang terbaik menjadikan ianya seperti yang anda mahu.Jadi jangan malu untuk menyatakan idea anda ok.

 

BEKAS HANTARAN SEWA

Anda juga boleh menyewa bekas hantaran daripada kami. Terdapat pelbagai pilihan bekas hantaran yang boleh disesuaikan dengan hantaran anda. Juga terdapat pelbagai pilihan bekas cincin, cheque holder dan bekas bangle untuk disewa. Tentu saja anda mahu bekas cincin anda kelihatan mewah dan menarik bukan. Jadi sila buat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan di saat akhir.

 

ALAS DULANG SEWA

Kami juga menyediakan alas dulang hantaran untuk disewa. Sila nyatakan no kod untuk pertanyaan dan tempahan. Sila buat tempahan awal.

 

BUNGA TELUR DIP

Cantiquemanis juga menerima tempahan bunga telur dan bunga dulang dari bunga dip.Pelbagai bentuk dan jenis bunga boleh ditempah mengikut kemahuan anda.Warna boleh dipilih berdasarkan warna tema majlis anda.Harga bunga telur bermula dari RM8.50 ke atas mengikut jenis bunga yang dipilih.

 

BUNGA DULANG DIP

Untuk bunga dulang pula, harga bermula dari Rm15 dan ke atas juga mengikut jenis bunga pilihan anda dan bentuk yang dipilih.Terdapat pelbagai jenis bunga seperti ros, kekwa, lili dan lain-lain lagi. Warna boleh dipilih mengikut tema warna hantaran anda. Sila nyatakan kod no untuk pertanyaan.

 

CENDERAHATI PERKAHWINAN

Pelbagai jenis cenderahati juga di paparkan untuk menjadi pilihan anda semua.Harga adalah berbeza mengikut design.Jika anda berminat hantarkan pertanyaan ke email atau sms ke no saya.

 

KEK & MANISAN

Anda juga boleh menempah kek untuk hantaran ataupun perkahwinan.Kek menggunakan royal ising amat cantik sekali untuk menjadi barang hantaran. Selain cantik dipandang ianya turut menjadi pemanis dalam hantaran sebagai lambang kemanisan alam berumahtangga.Harga bermula dari RM180 ke atas mengikut berat dan design yang dipilih.Jika anda mempunyai wang lebih apa salahnya untuk menempah satu kek yang istimewa untuk diberikan kepada yang tersayang.Pastinya ia akan menjadi kenangan manis sepanjang hayat.

 

PERSOLEKAN & ANDAMAN

Terdapat juga pakej persolekan untuk pilihan anda. Untuk pertanyaan mengenai harga sila hantarkan ke email atau sms ke no mobile. Kami menggunakan barangan makeup berjenama MAC. Pastinya anda mahu kelihatan cantik dan berseri seperti ratu kayangan di majlis anda nanti bukan.Kami sudi membantu anda untuk menjadikan ianya satu realiti.

 

PELAMIN MINI

Kami ada menyediakan pakej pelamin mini untuk majlis bertunang atau nikah, menggunakan hiasan bunga hidup atau fresh flower. Hubungi kami untuk harga dan quotation .

FOTOGRAFI

Pakej fotografi untuk majlis anda. Bukan hanya untuk majlis pertunangan atau perkahwinan saja tetapi turut menerima tempahan bagi majlis rasmi atau corporate function. Hubungi kami untuk mengetahui pakej yang disediakan.

 

Lokasi cantiquemanis adalah di kawasan Ampang.Terima kasih di atas sokongan anda.Saya amat menghargainya.

Lokasi:22-1, Jalan Sulaiman 1, Tmn Putra Sulaiman, 68000 Ampang,Selangor.

Email: rosie@cantiquemanis.com / sales@cantiquemanis.com

Yahoo messenger: rosie_cantique@yahoo.com

Mobile no: 017.330.8835

 

Terima kasih.Assalamualaikum.Good day.

~rosie~

 

MENU


Layari laman web kami untuk membuat pesanan ataupun pertanyaan. Kami sedia membantu anda dari segi perancangan hantaran mahupun perbelanjaan yang diperlukan. Setiap gubahan dijamin kualitinya.Terima kasih.

   
   
MENU . GALLERY . CONTACT   

© Copyright by cantiquemanis.com 2007